Tuesday, June 23, 2015

Jepun: Mama dan Jepun (part 1)

Assalamulaikum,

Konnichiwa~

Alhamdulillah dah habis segala jenis exam untuk semester ni, maka tamatlah separuh dari tempoh pengajian. Baru separuh oi, lagi separuh ni agaknya terjatuh terhantuk terkuak lentang nak belajar semua benda. 

*Aku selalu start entry dengan tamatnya semester/ tengah cuti semester/ baru bukak semester. Ntah kenapa ntah*

Alah, blank pulak nak taip entry ni. Jap....
.
.
.
Ok, sambung. 

Beberapa minggu/ bulan yang lepas, budak-budak kelas aku semua pegi Jepun. Sebab aku memang belajar dekat fakulti Malaysia-Jepun, memang Jepun dengan fakulti aku berpisah tiada. Memang selalu je ada program ke Jepun, program dengan orang Jepun, program berunsur Jepun dan yang sama waktu dengannya. 

Mula-mula tu memang eksaited la aku nak join sekali sebab pergi ramai-ramai dengan kawan memang impian travel la kekonon.Tapi apakan daya, kita rancang, Tuhan pun merancang dan mestilah perancangan Tuhan yang lebih baik. Entah macam mana group kitaorang tak jumpa sponsor untuk program ni. So, memang semua expenses tanggung sendiri. Daily expenses dekat Jepun pulak memang maheiiii. Maka mama aku sedikit keberatan nak tanggung belanja ke Jepun memandangkan masa tu awal semester dan banyak nak pakai duit.

Mama aku bagi je sebenarnya kalau aku jet-jet pujuk rayu sikit tapi jauh di sudut hati aku tahu dia bersusah payah kumpul duit untuk pengajian aku dengan adik. So takkan lah aku nak habiskan duit dengan pergi berfoya-foya ke Jepun tanpa kepentingan yang jelas. Aku decide untuk tarik diri dari program tu dan mama berkali-kali tanya aku, "takpe ke? Awak ok ke tak pergi?". Alah sayang mama bucuk-bucuk ni. Sedih tahu tak bila dengar dia tanya macam tu banyak-banyak kali, dia nak jaga hati kita sampai macam tu sekali. 

Sedih la seposen tak dapat pergi Jepun dengan kawan-kawan semua tapi mak kan lagi penting. Takpe, lagi senang aku pujuk hati sendiri dari aku nak pujuk hati mama. Lagipun aku kan anak yang baik, ehems, maka aku taknak susahkan mama.

*ye makcik, berkenan nak buat menantu ke? Ihiks (gelak tutup mulut)*

Lepastu bergeraklah budak-budak ni ke Jepun dengan meninggalkan aku terkapai-kapai di Malaysia. Kohkoh, Dalam hati kemain berperang ribut taufan tsunami sebab jeles. Tapi aku berlagak cool dengan jayanya. Mampu tenung gambar dorang je lah.

Dorang pergi masa Jepun tengah ber-sakura. Sobsss. 
Seminggu jugak la aku dok rumah layan laptop, picit phone, bergolek di ruang tamu sambil usha gambar dorang ber-sakura di Jepun. Lepas program tu, kehidupan jalan macam biasa.Dan sebelum final haritu, tiba-tiba ada tawaran untuk pelajar fakulti join exchange program ke Jepun. Semua ditanggung beres kecuali lunch dan transport semasa di sana je tanggung sendiri. Aku pun cuba-cuba la apply kot-kot ada rezeki. Program ni hanya perlukan 10 orang pelajar maka peluang nak dapat tu macam so-so je dan keutamaan diberi kepada yang tak pernah pergi Jepun. 

Korang dah tahu pun kan apa pengakhiran entry ni?
.
.
.
Alhamdulillah aku terpilih, yela kalau tak terpilih buat apa aku buat karangan ni. Hahaha. Aku rasa semacam Allah mendengar doa aku dan tangguhkan perjalanan aku ke Jepun untuk yang lebih baik. Bila aku dapat tahu aku terpilih, hati aku teringat dekat mama je. Aku dah tweet awal-awal, mama must be the first person to know (tweet tu penting ye kawan-kawan). 

Aku call mama dan bagitau dia, aku boleh detect suara mama macam terharu. Rupa-rupanya, mama ter-nangis kegembiraan dengar berita ni. Tu pun kakak aku yang cerita, memang tak aa mama nak cerita sendiri dekat aku. Entah kenapa entah mama selalu jet-jet cool dengan aku, elehhh. 

Moral of this karangan SPM, jagalah hati mak. Jangan susahkan mak. In any way possible, letakkan prioriti pada mak dulu. Lebihkan mak dalam semua keputusan kau, sebab syurga kan bawah tapak kaki dia. Senangkan hati mak dulu, kesenangan kita akan datang kemudian, if not here, maybe in hereafter, Korbankan sikit dari apa yang kita nak untuk mak sebab dia dah korbankan segalanya untuk kita. InsyaAllah, bila kita jaga mak, Allah jaga kita. 

Happy mothers day, mama. Every day should be your day. Muah ciked. 

*Selalu sangat susahkan hati mama, moga Allah dah prepare syurga cantik-cantik untuk mama*

Hello 東京! Hajimemashite.

1 comment: