Friday, February 27, 2015

Cara susun meja study

Assalamualaikum.

Haa, tak jawab dosa, jawab sayang. Ihiks.

Sekarang ni masih di awal semester 4. Silibus pun semua aci takat intro je semua, tak heavy sampai sakit kepala lagi. Seronok iolls is seronok.

Disebabkan banyak lagi masa senggang tak ada nak kena buat kira-kira ke, esaimen ke, report ke, so aku gunakan masa sebaik mungkin untuk melagha. Oh you know, I am very expert in melagha. Aku rasa, that’s the best thing that I can do in my life, kah!

Justeru, aku decide untuk gunakan sebahagian dari masa lagha aku buat touch up meja study besar gedabak dalam bilik dekat kolej ni haa. Aku dah try mintak tolong Hayyrri Pottahh untuk kasi magik sikit dekat meja tu tapi beliau sibuk melatih anak-anak beliau untuk Quidditch World Cup. Terpaksa la aku gunakan kuasa magis aku sendiri.

Motif aku nak show off meja study aku je lah. Tu pun tak ada anak dinosaur dalam baling kaca ke apa pun, saja nak show off. Just because I want to?

Part 1: Books.





Aku adalah spesis yang suka membaca sejak kecik. Dulu-dulu aku rajin selongkar belakang rumah cari buku lama kakak aku sebab suka sangat membaca. Favorite aku dulu buku penyiasatan 5 sekawan by Enid Blyton. Di era globalisasi ini aku rasa aku perlukan lebih banyak motivasi dan moral stories untuk bagi food for thought kat diri sendiri. Justeru aku lebih banyak membaca buku-buku motivasi, buku travelog dan buku yang ayat dia deep gitu.

Aku pastikan akan ada buku yang boleh dibaca bila crave for motivation, nak isi masa lapang atau hilangkan bosan.  Maka, terciptalah koleksi buku hasil baucer buku dari  barisan kerajaan ini. Ada juga note book untuk usrah, note book untuk persatuan, diari untuk kisah sulit dan travel note book. Oh, paling penting sumber cahaya daalam kubur jangan dilupakan.


Part 2: Foods.



I lavvvvv food, I really do. So, tidak hairanlah kalau aku ada satu treasure box untuk stok makanan sahaja. Selalunya dalam box ni ada makanan ruji seorang pelajar yakni Maggie, milo 3 in 1, peanut butter, supplemen, green tea dan susu tepung. Semua instant, untuk pelajar yang sentiasa sibuk kononnya. Tak dilupa juga satu mug favourite dari Ikea dan mangkuk free beli ubat gigi, haha.


Part 3: Soft board.




I’m not going to let my soft board naked. Tak manis nampak soft board tu terbiar tak menutup aurat, Eloklah aku hiaskan dia ala-ala janda berhias. Tepek segala bagai quotes, ayat motivasi kat situ. Biaq nanti kalau dah rasa macam nak give up, dah penat study nanti, kita boleh dapat instant booster nak study. Oh, nampak aku macam seorang yang bermotivasi tak?


Part 4: Notes.


Ada banyak nota-nota kuliah yang lepas aku simpan sebab sayang nak dibuang begitu sahaja. Manalah tahu kot-kot berguna di masa depan nanti. Bpleh bagi kat adik junior nanti buat umpan anak ikan ke kan, her her. Aku letak elok-elok dalam kotak supaya tak nampak sangat saiko atau nerd buat nota tu.

Stationaries aku banyak sangat tapi aku bawak pen hitam sebatang, pensel mekanikal sebatang, ubat pensel, pemadam, kalkulator dengan highlighter je pegi kelas supaya beg aku ringan lalu mengelakkan risiko lenguh bahu. Seorang mahasiswa harus sentiasa bijak menjaga kesihatan diri, ahaks. So yang banyak-banyak tu aku letak dalam bekas je.


Part 5: Nature




Orang kata mata yang letih elok kalau tengok benda-benda hijau. Aku ada la berimpian nak simpan pokok hidup kat meja tapi aku risau aku akan mengabaikan diri beliau lantaran kesibukan yang tak diduga. Lalu aku beli pokok fake dan letak dalam small pot, play safe orang kata.

Dan masa jenjalan itu hari aku ada beli bunga kekwa. Suka bila masuk bilik ada bau fresh flowers dan nampak dia kembang mewangi. Tak la nampak dull sangat kan. Kalau ada rumah nanti, tiap minggu aku nak beli bunga letak sana sini. Biar puas hati aku tengok bunga banyak-banyak. A happy girl is a girl with flowers, kata Ammelia. 

Here's a piece of advise, do things that makes you happy!

1. Be happy.
2. Help people to be happy.

Aku happy tengok meja cantik, susun kemas, ada bunga sikit, ada green sikit, ada stok makanan. Now, what makes you happy?

2 comments:

  1. Waaa kemasnye.. Haha.. Bagus2 :)

    Salam,

    Saya nak minta tolong review applikasi android ini boleh?

    Syarat kena install lepas itu review..
    Jika dah buat semua itu tinggalkan link diruang komen nanti saya hubungi anda untuk bagi Gift Voucher Code 12% discount untuk membeli di blogshop kami.

    Link ada dibawah ini

    New Aplikasi Android Baju Sweet Muslimah

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. I saw catatan MatLuthfi. Hehehehe~ best naw buku tu.

    ReplyDelete