Thursday, January 1, 2015

Impian aku.

Assalamualaikum.

Yes, it's new year again, tahun masihi. Hari pertama 2015. 

Beberapa hari sebelum ni ada berkira-kira nak buat 2015 resolutions demi sebuah kehidupan yang lebih terancang dan bermakna. Alhamdulillah, there's idea popping in my head.



Here it is!



Then, just now, bila aku cuba cari 2014 resolution yang mana aku perlu pastikan sama ada sudah tercapai atau sekadar sembang kencang, there's no 2014 resolutions. Oh Tuhan, bagaimana aku boleh hidup setahun tanpa tujuan yang jelas? Macam mana aku hidup tanpa goals untuk dicapai? Oh, mungkin aku berpegang dengan satu prinsip, atau boleh panggil azam, untuk hidup dan mati dengan redha Allah. Tapi still, tu azam semua orang kut, tak extraordinary nya aku ni. 

Tak kisahlah, 2014 berlalu dengan tenang. Tak dinafikan banyak kisah duka dan berita duka namun apalah yang aku nak rungutkan. Semua tu draw us closer to Him, to His jannah, no? I guess so. Tenanglah wahai mangsa pesawat MH17, kembalilah MH370, tabahlah mangsa banjir seluruh negara, ambillah iktibar adik-adik UPSR yang mengulang peperiksaan untuk telus dalam hidup. 

Tak kurang juga khabar gembira, tapi aku lupa, most of them. Kosong, aku tak dapat ingat walau satu khabar yang diingat secara jelas untuk dinyatakan di sini. Tapi, bila aku kenangkan 2014, apa yang aku nampak, keluarga dan sahabat rapat yang sentiasa ada melayan kerenah gila aku. Confession kawan aku, aku ini umpama alien yang rare, boleh berubah emosi sekelip mata. Nah, siapa tahan hoi? Tapi mereka bertahan, dengan si alien emosional ini. 

Oh, aku ada belajar satu benda tahun 2014. Apa-apa sahaja yang datang dalam hidup, tak kira baik atau buruk, semua itu akan berlalu, So, bila aku down, aku bisik dekat diri, tenang dan sabar, semua ini tak lama, semua akan berlalu, esok atau lusa atau bila-bila. Dan bila aku sedang lalui detik indah dalam hidup, aku bisikkan juga, bersyukurlah, tak semua dapat rasakan detik seperti ini dan detik ini juga akan berlalu, sebentar lagi atau esok atau bila-bila. 

So, now. I'll work for what I want. Jangan berharap dengan manusia, letakkan pergantungan dengan Tuhan. Appreciate every little thing, tak kira sekecil mana dan bersyukur. Aku ingin menyayangi dan memaafkan tanpa kondisi. Aku tak ingin takut menjadi pihak yang lebih menyayangi,lebih memberi  supaya nanti aku tidak menyesal. Supaya nanti bila ia berakhir dan berlalu, aku tahu, aku sudah berikan yang terbaik. 

And read more books, aku berimpian menjadi manusia yang hidup dengan ilmu, bukan sekadar ilmu yang aku belajar dalam kelas. Kahkah, ayat macam sasterawan pulak, baru perasan. Kesah pulak aku, biarkan aku letak impian tinggi-tinggi, tak dipijak orang nanti. 

Semoga aku lebih baik, dari tahun-tahun sebelum. Begitu juga kamu. 

Terima kasih keluarga, sahabat dan si intan payung. 

No comments:

Post a Comment