Friday, December 12, 2014

Kakak cantik.

Assalamualaikum.

Aku nak buat quick update je ni sebab masa memang tak pernah tak jeles dengan aku. Padahal aku memberi sepenuh komitmen untuk memenuhi kehendak dia sorang je, sumpah tak ada orang lain. 

Dulu-dulu aku aktif ber-blog dan rajin jugak menjenguk halaman blog orang lain secara random. Suka baca perihal orang ni, omputih kata busy body. Dan semasa aku gigih melawat tapak blog orang sana sini, aku terjumpa satu blog ni.

Doodle dalam blog tu sho shweet sampai cair terus lollipop dalam mulut aku. Tapi isi blog tu yang menangkap hati dan perasaan ecewah. Pedas ayat-ayat peringatan dia tu buat aku minum bergelas-gelas air jugak la.Tapi in a way, aku suka penyampaian dia. Sampailah aku jadi stalker tegar blog Diriku Dr.Cinta sehingga kini.






Lagi tak boleh belah, aku cari instagram dia sekali kut-kut memberi inspirasi warna-warni kepada kehidupan dunia yang penuh tipu daya ini. Dan yeah, aku jumpa lalu tanpa membuang masa terus tekan butang follow. Gambar dia pun lawo. Haihh, dah blog best, instagram nak lawo, kagum pulak aku. Yang penting, kekaguman aku bertunjangkan isi penyampaian dia (hamek kau bertunjang ayat kau). Tak, serius ni serius. 

Salah satu doodle dia. 


Secara tiba-tiba, kakak cantek ni buat pengumuman dalam insta dia untuk menubuhkan satu group whatsapp usrah secara alam maya untuk 25 orang follower dia. Patutkah aku katakan ini sebagai fairytale? Insan yang ku kagumi membuat pelawaan terbuka untuk join usrah dengan dia? Gila ke taknak, mesti la nak!

Dengan bacaan basmallah, aku drop komen dekat insta dia dengan harapan setinggi Everest untuk terpilih jadi ahli usrah. Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk dijadikan pilihan usrahmate kakak cantek yang ku kagumi tadi.

Sekian cerita fairy tale. Sebenarnya nak cerita haritu pergi majlis persandingan dia je. Dah, tu je main point. Kakak cantek masih cantek. Semoga berukhuwah lagi di syurga. Semoga kakak cantek bercinta lagi dengan suami di syurga. Selamat pengantin baru. 



2 comments: