Saturday, November 22, 2014

Green tea.

Assalamualaikum.

Start reading this entry with a cup of tea, please.
                             
Dulu-dulu masa di awal waktu obsess nak diet, aku cuba beli green tea. Orang kata green tea elok untuk bakar lemak. Apa salah mencuba demi badan solid bak Miranda Kerr. Lagi pula banyak khasiatnya. 

Aku beli sepaket. Cubaan pertama minum green tea. Orang kata pahit tapi belum cuba manakan tahu.

Elok dah siap membancuh the hijau berasap nipis dalam mug, aku cuba hidu-hidu mana tau mungkin membantu deria rasa jika ada bau seperti kesayangan hati aku. Tiada, hampa.

Siap, tegukan pertama selepas Bismillah. Selamat menyentuh taste buds, isyarat dihantar terus ke otak.

PAHIT!

Namun, demi sekujur badan berlekuk aku habiskan juga seuncang demi seuncang. Ya, terpengaruh hagemoni barat mementingkan penampilan.

Seuncang kemudian seuncang lagi. Segelas demi segelas. Setiap hari berteman teh hijau berasap nipis. 

Hari ini baru aku perasan, otak tak lagi menghantar isyarat pahit. Ya, teh hijau itu masih pahit tapi rasanya tak lagi menyengat deria rasa.

Oh, rupa-rupanya, bila sudah terbiasa merasa pahit, deria rasa sudah sebati dengan rasa pahit, tak lagi terpejam-pejam mata menghabiskan teh hijau seuncang. Rasa manis juga lebih terasa di lidah selepas berkali-kali menghirup teh pahit.

Aku lebih nikmat melayani rasa teh hijau pahit. Lebih terasa sedapnya. 


Ajaib.



Teh hijau itu seperti berkait dengan hikmah kehidupan..

 Awal masa dihentam ujian, diasak masalah, sakitnya Tuhan saja tahu. Pahit perit dalam dada.

Berulang kali diasak pahit dalam hati, kini sudah lali. Sudah sebati dengan hidup, lebih tenang menghadap dugaan. Makin teguh berdiri, makin ampuh dilanyak ujian. Makin kuat mengharung waktu.

Lebih menakjubkan, saat manis dalam hidup lebih terasa lepas berkali-kali merasa diuji.



Uniknya seuncang the hijau, ia bersaudara dengan analogi hidup. 

Benefits of green tea.

1 comment: