Thursday, October 9, 2014

Resipi salad ayam mudah

Assalamualaikum.

My kind of stomach adalah jenis yang asyik mintak diisi setiap sejam. I must say that I’m quite impressive, besar betul nafsu makan. Duit memang dibelanjakan ke jalan yang betul, iaitu ke jalan makanan. Hadapkan apa-apa makanan pun, mesti aku jamah. Entah la, memang jenis macam ni agaknya.

Lucky me ada jugak jenis makanan yang kalau aku rasa nak makan, memang boleh sediakan sendiri sekelip mata. Mudah disediakan, save masa sebab kadang-kadang aku sibuk mengalahkan CEO. Mengenyangkan, penting supaya lepas makan je mampu tersandar kenyang dan tak mengada mintak makanan lain pulak. Paling penting, menyihatkan, eat clean supaya badan persis Miranda Kerr. Mana tahu suatu hari nanti ada pula Ammelia Kerr. Kah, tak lawak.

saja nak perkenalkan kembar aku. 

Makanan yang aku gembar-gemburkan tu tak lain tak bukan..

Salad. Ya, salad rangup sedap dimakan bila-bila masa anda suka. Bagi segelintir manusia, bila sebut salad they’ll go blergh! Serve it to me, I’ll say omnomnom dap nye salad!

ini salad segera buat dalam bilik sbelum kalut-kalut siapkan lab report.


Sebab aku ni jenis mudah terpengaruh bila baca apa-apa yang berguna untuk beauties dan healthiness. So, selalu sangat terpengaruh bila baca sayur hijau ni baik untuk mencantikkan kulit dan berkesan untuk dapatkan berat badan yang ideal mantop. Ditambah dengan sumber protein seperti telur, tuna atau ayam, omaigad lapar tetiba.

Resipi salad ayam

Ayam panggang/grill/kukus bahagian dada
Daun salad segar
Sebiji telur rebus
Sos thousand island

Carik-carikkan isi ayam . Basuh daun salad dan toskan airnya. Kupas telur rebus dan potong 4 atau beberapa bahagian pun yang korang suka. Gaulkan bahan tadi bersama dan boleh campurkan sos. Siap!



Nak tambah bahan lagi bolehlah letak tomato cherry, timun, hirisan bawang segar, pickle atau carrot. Untuk kesedapan berganda, tambahkan sedikit crispiness untuk krukk krukk semasa mengunyah dengan menambah kekacang atau biji bunga matahari. Sos tu pun boleh guna lain-lain sos seperti balsamic, mayonis, olive oil atau apa-apa lah.

Dah, resipi cepat, mudah, sihat dan mengenyangkan yang boleh disediakan oleh a beginner cook sekalipun. Omnomnom..jom hidup sihat!


1 comment: