Wednesday, January 1, 2014

Hello 2014.

Assalamualaikum.

Ya Allah, lama nya lahai tak update belog. Rasa macam seploh tahun dah aku biarkan blog ni meratapi nasib diri. Sorry ya blog, Your Majesty sibuk study (konon padahal internet tak dapat connect kat bilik). So, even ada banyak benda nak update pun tapi rasa malas tu sentiasa menghantui diri. hihihi.

                             

                               

Then, here I am on new year, on page 1/365. Happy new year to uolls, iolls new year dengan kertas-kertas lecture dan exam yang tak sudah lagi. InsyaAllah habis final 8 Januari ni kita update banyak-banyak. Tu pun kalau aku ingat lagi apa yang jadi selama aku tak update blog ni..muehehe.

So, highlight in 2013. Hmmm, ape ye? Macam takde highlight sangat la kot semua macam linear, parallel, mendatar, takde curve. Ada la naik turun, sedih bahagia tapi biasa-biasa. What a boring life meyhh =,="

1. HABISKAN ASASI.
Alhamdulillah sesangat dapat jugak akhirnya habiskan asasi bulan 6 kot tak silap. Lupa dah. Dan syukur gilos sebab takyah repeat apa-apa sebab asasi ni tough gila. Lagi tough dari SPM. CGPA pun takda lah teruk, ok-ok je. Takda jugak hebat kebaboom sebab usaha pun..uhuk uhuk. 

2. SAMBUNG DEGREE.
Duhh, rasa tua sangat bila dah masuk degree. But degree wasn't that bad though. Smooth je kot tapi still sampai sekarang tak jumpa geng yang sekepala lagi. Ada je kawan-kawan peneman tapi takda jumpa yang ada kuasa psikik paham jiwa aku. Gittew. Tapi takpa, ada 4 tahun lagi. First sem ok je tapi tu laa, let's see how it goes. 

3. LOVE?
Hmmm....hmmmm...sebenarnya malas cerita. Ni pun berfikir 88 kali lagi nak taip ke tak. Macam ni je la, aku suka dekat dia, tunggu setahun, dia suka aku jugak (kot, perasan sorang-sorang), then that's it. Kalau ada jodoh, ada la. Kalau takde, mesti Allah nak bagi yang lebih baik. Kita doa-doa je. Heee..journey pun panjang lagi. Tak boleh promise a thing. Besar rahsia Allah ni.

4. Actually dah takde highlight apa-apa untuk 2013. See, how boring my life is. Part nombor 3 tu pun saja letak. hihihi. Boo Ammelia. So, azam 2014...niatnya..hmm..ingat nak jadi better muslimah. InsyaAllah, dengan izinNya, kita slow-slow move towards the right path. 

Lagi, may this new year bring us prosperity (burger), knowledge, health and wealth, love, love, love, tough eeman, great attitude with humble heart and blessing from Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Dan kalau mati tahun ni, harap-harap mati dalam redha Allah dan diberi ganjaran syurga yang abadi. Amin. 




1 comment:

  1. Selamat tahun baru :) Rajin2 lah blogging tahun ni hehe

    ReplyDelete