Thursday, November 7, 2013

Take lessons from life.

Assalamualaikum.

Okay, just a random entry from me. Actually dah lama nau tak online secara lagha depan laptop. It was a YAY for me. *tepuk tangan sikit*. Tapi kalau dah duduk rumah memang kerja hadap laptop je la sebab rumah memang tak ada orang siang hari. Err, malam hari pun macam tak ada orang sebenarnya sebab semua letih kerja maka tido awal. So, here I am depan laptop try to digest and compiling words nak type entry.

Dalam masa aku hadap benda empat segi hitam ni dari tadi, I scrolled down my facebook dan cari apa yang best dan gosip lama atau benda bermanfaat yang aku boleh dapat. Maklum, FB dah lama jadi anak tiri sejak akhir-akhir ni. Tapi bila scroll bawah dan bawah dan bawah lagi, aku jumpa satu post ni. Nothing much tapi it touched my heart.


Ni caption gambar tu :

"Lihat abg ini, walaupun meminta derma di kaki lima, tetapi ada sesuatu nilai dlm abg ni, yg buat saya tersedar..

Lepas saya solat asar di Masjid Jamek, semasa sedang mengemas barang untuk pulang, mata saya terlihat kepada seorang lelaki yang jalan terhinjut2 masuk ke Masjid..

Saya tersenyum sbb abg tu pakai baju yang kami beri, lepas tu saya perhatikan abg tu terus ke tabung masjid dan masuk kan sejumlah duit."

Ok, memang aku taktau sejauh mana kebenaran gambar dan caption gambar ni tapi mari kita muhasabah diri sama-sama sekejap. Even gambar ni dan captionnya belum tentu sahih but then kalau benarlah wujud orang sebegini, MashaAllah orangnya sangat hebat. Walau dalam kesempitan harta dia masih tak lupa dengan Pencipta, masih tunaikan solat dan masih ada rasa dalam hatinya untuk menginfakkan harta ke jalan Allah. Beauty. 

Tengok dia, apa yang dia ada kalau dibanding dengan kita yang hidup jauh lebih selesa? Tapi tengok kita, apa yang kita ada kalau banding dengan peribadi seperti dia? Allah tak tengok pun harta kita, rupa atau keturunan kita maka apa lebihnya kita? Allah tengok ketakwaan kita dan amal kita semata-mata tapi apa kita rasa kita dah cukup sampai tahap the heaven is guaranteed for us? Jangan pandang rendah dekat orang lain, stop judging. 




Gambar atas tu lagi satu post yang caught my heart. Deep. Ayat yang ada pada gambar tu pun dalam. Tengok mereka, let's judge people by it's cover la untuk gambar ni. Tengok baju dorang, tengok kaki makcik tu, tengok kedut-kedut kulit dorang, comot seluar pakcik tu. Tapi semua tu minoriti je dalam gambar ni sebab aku rasa majoriti mata akan tengok how sweet dorang ni, how irony life is.

Mereka mungkin kesempitan harta tapi mereka kaya kasih sayang. Tapi berapa banyak orang yang dilimpahkan dengan nikmat harta dapat merasa nikmat kasih sayang begini? Dalam sempit hidup mereka, aku rasa hidup mereka lebih ada value, ada erti. Hati mereka lebih kaya kasih sayang, mungkin lebih kaya pekerti dari kita.

 Tak adalah pulak aku nak cakap orang yang hidup selesa, hidup jadi orang kaya ni tak ada value, tak ada makna, tak ada pengisian tapi aku hanya mengajak kita semua lihat dari perspektif hidup yang lain, angle lain. Lihat dunia dengan bermuhasabah diri. Betapa kita beruntung, betapa banyak nikmat Allah bagi. SubhanAllah, Alhamdulillah. Nikmat Tuhan yang mana lagi kita nak dustakan?

Tengok bagaimana ada orang yang lebih susah dari kita tapi mereka isi hidup dengan perkara lain yang lebih berharga. Tengok bagaimana hidup ni ada susah senang, ada yang di bawah sementara yang lain di atas. Tengok bagaimana Allah uji hamba-Nya dengan ujian yang berlainan yakni ujian kesusahan dan ujian kesenangan.

Saat diuji dengan kesusahan, harap tak tersungkur. Saat diuji dengan kesenangan pula harap kita tak lemas hanyut dengan nikmat sementara dunia. Take a lesson. Learn.


1 comment:

  1. betul tu
    kdg2 org kite ni lebih memandang luaran je
    yg pntg jgn pndang hina dekat org lain.

    ReplyDelete