Saturday, November 9, 2013

His name written on my heart.

Assalamualaikum.

Taktau kenapa harini aku flashback ke masa 10 tahun lepas. Rasa macam bangga pulak sebab masih ingat peristiwa 10 tahun lepas. Maklum, peristiwa bulan lepas pun aku tak hingat apatah lagi yang bertahun lepas. Tapi selalunya kenangan yang aku ingat adalah kenangan yang ada rasa pahit, sedih dan takut sahaja. Kenangan manis aku jarang ingat. Sebab tu kalau suruh kongsi pengalaman, kenangan atau memori zaman kanak-kanak, cerita aku kosong. Macam lifeless.

10 tahun lalu...

I was a student at a primary school. Sekolah biasa sahaja, belajar kat situ pun sebab dekat dengan rumah. Zaman sekolah rendah aku macam hampeh, tak seronok langsung. Tapi bukan ke-hampeh-an tu yang aku nak cerita. Lemme start my story.

When I was a standard 3 student, cikgu bahasa inggeris aku seorang lelaki. Dah agak tua, tapi hensem. Hehehe. Cikgu aku ni sentiasa kemas, kasut tu agak-agak boleh buat tilik muka jugak la. Kalau ada assembly, memang gaya dia macam ada corporate meeting, segak kacak. Tapi tu sekadar salah satu faktor kenapa aku admire dia. Aku suka gaya dia, personaliti dia, peribadi dia, keramahan dia, kelembutan dia dengan anak murid, semua aku kagumi.

Tapi main reason aku kagumi dia adalah kerana dia ajar aku lebih dari apa yang subjek bahasa inggeris supposed untuk ajar aku. Dia ajar aku tentang hidup, nilai hidup. Yes, aku hanya umur 9 tahun masa tu.

Ayat dia yang still aku ingat sampai harini,

"Apalah yang ada pada duit. Duit boleh dicari lagi, tapi seorang manusia yang berilmu bukan mudah nak ditemui."

Simple. Takdak la deep sangat kan sebab ayat untuk budak sekolah rendah je tu. Tapi sebab dia ulang-ulang ayat tu, lekat pulak dalam kepala aku sampai harini. Otak 9 tahun aku masa tu fikir, yang ilmu ni lagi tinggi dari duit rupanya. Tapi otak 19 tahun aku sekarang boleh digest dengan lebih matang. Betapa dia betul-betul mahu pelajar dia jadi orang berilmu, bukan sekadar kaya harta. Betapa dia hargai tinggi nilai ilmu tu berbanding wang ringgit.

Mungkin ayat tu biasa-biasa sahaja. Tapi sebab aku yang mendengar berulang-ulang, aku yang belajar dengan dia, dengan cara dia mendidik yang extraordinary dari cikgu-cikgu lain, itu yang luar biasa. Itu yang aku rindu.

The last day I saw him, masa dia mengajar dalam kelas hari Selasa. Dia tak banyak cakap macam biasa, mengajar pun tak macam biasa. Masa tu dia mintak buku latihan sebab dia nak semak. Pelik sebab dia tak pernah semak buku dalam kelas. Pelik sebab dia tak bercakap bila dia semak buku-buku semua. Aku ingat dia senyum je bila keluar kelas.

Hari Rabu. Taktau perasaan aku je ke atau hari tu memang suram sikit. Langit macam tak ada seri. Riuh budak-budak main kejar-kejar pun dengar tak dengar je. Perasaan aku je ke atau memang macam tu hari tu. And that time, bila cikgu aku buat announcement, aku rasa macam dunia sepi kejap. Dan my first word masa tu, "tipu la, semalam elok je".

Tapi sebut tu pun dah dalam sebak, air mata hujung-hujung mata nak menitis. Bila cikgu Sains merangkap cikgu kelas aku masuk ke makmal, terus aku tanya " betul ke cikgu?". Cikgu aku tunduk kejap pastu angguk. Lepas tu cikgu tu suruh kitaorang sama-sama sedekah Al-Fatihah. Ya Allah, perasaan masa tu pilu yang paling pilu dan pedih dalam hidup aku. Aku mintak izin nak pergi tandas kejap dengan cikgu lepas tu tak masuk kelas sampai habis period subjek tu.

Ceritanya cikgu inggeris aku tu main badminton dengan sorang lagi cikgu malam tu. Lepas tu dia pegang dada then jatuh then meninggal sebab heart attack. Aku nangis sungguh-sungguh hati hari Rabu tu. Tak dapat terima kenyataan, tak percaya dia dah tak ada. Rasa macam baru je tengok dia senyum. Tengok balik buku yang dia semak sehari sebelum tu, memang basah air mata kat buku. Aku dakap buku tu. Ni bukan rekaan, memang aku ingat aku buat macam tu.

*********

Itu cerita aku 10 tahun lepas. Ya, nilai ilmu tu lagi tinggi dari nilai duit. Memang, sekarang duit lagi senang cari dari nak cari manusia yang betul-betul berilmu. Sir Rahim, semoga dalam kalangan roh orang-orang soleh. Al-Fatihah.




2 comments:

  1. salam ukhwah....comeinyerr blog, warna ketenangan, singgah snie utk folow, jempt lah ke blog sy pulak..jgn luperr folow dan komen...untk tmbhkan kenalan

    ReplyDelete