Monday, June 17, 2013

Peringatan.

Assalamualaikum.

Selepas seminggu yang penat dan sunyi, sunyi sebab mama papa dan akak aku pergi Sabah, tinggal aku sebatang kara mengurus diri yang tak berapa nak terurus. Seminggu kat rumah takdak mak ayah lain kot rasanya. Kalau kat U tak adalah rasa macam sunyi, sayu sangat. Kali ni kena tinggal sorang-sorang kat rumah, home is not home when parents are away. Seriouuuuussly.

Dan tak adalah cerita sangat nak cerita. Begini, semalam aku terbaca junior sekolah aku dulu accident. Terkejut jugak sebab accident tu mengorbankan 3 nyawa. Alhamdulillah, junior aku tu selamat dan hanya lebam sikit. Semoga dia tabah dan pulih secara mental dan fizikal.

Dari situ terfikir.

Mati tak kenal umur. Kalau kau hidup, kau akan mati. As simple as that. Every soul must taste death. Wajib takde harus. Mati bukan bila tua dan bongkok, berkedut, bertongkat tapi bila saat ajal kau dah datang, tak lambat sesaat dan tak awal sesaat, kau akan dicabut nyawa. Dan cara kita mati, sama ada dalam keadaan Allah redha atau Allah murka, kita yang tentukan.

Dan mati pulak takdak hint, takdak dalam kalendar. Sentiasalah persiapkan diri. Malaikat Izrail tak hantar mesej, tak buat temujanji, tak call kalau dia nak datang. Even belum saat kau mati pun, Malaikat Izrail jenguk kita 70 ali sehari. Berapa kali dalam 70 kali dia datang tu kita tengah ingat mati, tengah ingat Allah? Macam mana bila buat kesekian kali dia jenguk tu, bukan sekadar jenguk? Tapi menjenguk roh untuk dicabut?

Entry ini sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca.

1 comment:

  1. harap2 kita semua meninggal dalam husnul khatimah .. mendapat keredaannya ... Amin ... :)

    ReplyDelete