Tuesday, April 30, 2013

Kenapa tukar profile picture FB?

Assalamualaikum.

Eh, apa perasaan tukar profile picture tak kira la dekat Twitter ke, FB ke atau mana-mana laman sosial lain? Maksud aku apa perasaan orang yang tukar gambar tu secara KERAP? Apakah sebabnya berbuat demikian? 

Sebabnya macam ni.

Kalau aku rasa nak tukar profile picture, seratus juta soalan ada dalam otak aku. Masa tu jugaklah macam-macam nak serang otak aku bertubi-tubi. Kadang-kadang kan, aku terfikir, kenapa aku selalu je keluar soalan sengal macam tu? Nak tukar gambar je pun. Kau apehal Ammelia?!

Aku selalu fikir, eh, haritu dah tukar gambar, takkan nak tukar lagi? Kang orang cakap aku gile publisiti. Tak pun orang cakap aku gedik, jual muka. Walaupun muka tak lawa pun, tapi kalau dah senyum, manis tu ada lah seposen. Kot je la. Ntah-ntah aku bajet sensorang jugak ni. 

Soalan lain, eh takpe ke aku tukar gambar ni? Dah elok-elok tak ada orang pandang, terus jadi trending dalam FB ni kang susah. Nak-nak pulak yang ada penyakit hati, tergilakan aku sampai mereng hantar santau angin ke santau api ke santau pasir pantai ke, takut jugak. Yang ni paling bajet tak boleh blah aku fikir, tapi dah nak terfikir, aku teruskan je la fikir. bhahaha

Seterusnya, kalau aku nak letak gambar, aku selalunya cenderung pilih gambar berdua dengan sesiapa ajelah yang sejenis dengan aku. Kang kalau letak gambar dengan lelaki mana ntah, tak pasal-pasal kena ikat dekat pokok belakang rumah dengan abang aku.  Maka, soalan yang ada dalam kepala aku, eh takpe ke aku letak gambar ni? Kang yang budak ni jeles pulak tak letak gambar dengan dia. Tak pun yang tu kecik hati sebab tak ada gambar dia. Kemain aku bajet semua nak masuk profile picture aku kan. Padahal dorang pun tak heran. hihihi

Itulah antara yang aku fikir. Ntah kenapa ntah aku fikir, aku pun tak tahu. Dah tak ada benda nak fikir agaknya. Kesudahannya, aku jarang sekali nak tukar profile picture. Kalau tukar pun, mengikut trend semasa. Masa orang doakan Gaza, aku letaklah gambar Gaza. Dah tukar gambar pun, aku tetap doakan Gaza, jangan risau. 

Kalau dah tukar pun, aku teragak-agak jugak. Eh takpe ke ni aku tukar? Eh, biar betul aku nak tukar ni. Haihhhh, macam-macam lagi la aku fikir. Adakah orang lain se-complicated aku jugak tang nak tukar gambar profile ni? Hahaha, maklum lah, macam tak ada faedah nak fikir macam-macam. Macam meroyan. 

:: Aku baru tukar profile picture =P

Gambar ni ^___^



1 comment:

  1. kdg2 kita fikir mcm tu untuk menjaga sensitiviti orang lain. teruskan berfikir positif, selagi ia tidak mendatangkan keburukan takde masalah :)

    ReplyDelete