Saturday, April 27, 2013

School Open Day!

Assalamualaikum.

Tadi aku kembali ke sekolah. Kawan aku tiba-tiba buang tebiat ajak pergi sekolah sebab ada Open Day ( baca OD untuk ayat seterusnya) katanya. Aku berfikir dan cari sebab kenapa aku patut ikut diaorang dan...Tadaaaaaa! 

Aku rasa aku patut pergi untuk tengok hebat mana junior aku boleh handle event tersebut. Dan adakah junior sekalian mampu lawan kehebatan OD hasil kerja tangan batch aku dulu. Cis, niat serong seorang senior. bhahaha Tak adalah, niatnya nak pergi memeriahkan event sambil melepak sambil jumpa cikgu-cikgu jugak. Orang kata sambil menyelam sambil snorkelling gitew. 

Aku agak-agak ada junior yang kenit-kenit dan comel-comel sahaja ditambah beberapa orang cikgu yang sporting untuk diajak berbual kosong dekat OD tu. Ghupanyerrrr alumni yang tahun 2004 dan 2000 yang seterusnya pun join sekali. Alaaaa, baru nak rasa alumni VVIP. kehkehkeh. Batch aku 5 ketul aje ponnn yang jadi wakilnya sebab ramai lagi kawan-kawan aku yang tengah berpeluh ketiak menjawab final exam. Iya, teruskan usaha anda, chaiyokk!!





 Ini ajelah berapa kerat batch aku yang rajin dan sporting datang tadi. Love you bebehhhhh. 

 Perasaan berdebar tetap ada masa aku nak masuk pintu pagar utama sekolah, sama macam dulu-dulu jugak. Trauma mungkin? bhahaha  Tapi perasaan pergi sekolah pakai seluar jeans membuatkan aku rasa macam membalas dendam kepada PK HEM sebab tak boleh buat macam tu sepanjang 5 tahun lepas. hihihi Maaf cikgu, ada perasaan takbur sedikit di situ. 

Apa yang menarik minat aku tadi adalah 3 ekor ular sawa yang aku kira mungkin dari sebuah keluarga bahagia terdiri daripada anak, ayah dan ibu. Sebab ada satu kecik, satu sederhana besar dan satu memang besar gile bak hang. Aku beria-ia nak ambik gambar dengan ular sampai sanggup berpanas terik di bawah matahari walaupun akhirnya aku tak pegang pun ular tu atas faktor geli dengan kulitnya yang lembik. Eeeewwww, kawan aku pulak boleh letak berbelit kat leher dia ular tu. Fikir-fikir balik, kan bagus aku seludup ular tu bawak balik rumah, kulitnya buat handbag . Heyyyy, niat aku sentiasa tak betul kannn. -___- Kena ketuk sikit kepala ni. Lepas tu, ada kuda jugak tadi tapi malas nak pergi jenguk kuda tu sebab panas sangat. Maaf kuda, lain kali jumpa lagi ya. Takmo sedih-sedih. kihkihkih


Ini mungkin 'mak' ular. Bapak ular pergi berfoya-foya dengan perempuan lain.


 Kawan-kawan yang bersemangat berjuang atas nama 'belon helium'. Pengaruh Angry Bird pada belon tu turut menjadi faktor sampingan agaknya.

Lepas penat mengejar incik ular sekeluarga dan bergaya seperti kanak-kanak ribena, kita orang melepak di kelas. Saja nak mengimbau kenangan membuang masa sewaktu zaman persekolahan bila tiba waktu prep. Topik pilihan harini adalah 'hantu-hantu di IPT'. Topik berjaya dibincangkan dengan penuh jayanya sampai serak suara aku dibuatnya. -___- Lepas tu barulah ingat nak balik, nak solat, nak itu, nak ini. 

Aku rasa menarik untuk bergambar dengan benda alah bulat gelembung ini. Ini adalah bunga-bungaan yang dibuat dari tisu dan yang bangganya, perintis bunga ini adalah ahli dorm aku pada beberapa tahun lepas. Weeehuuuu =)



Dan akhir sekali, pengaruh Angry Bird untuk diri sendiri. Nampak sangat tamaknya, tangan kanan pegang belon biru, tangan kiri pegang belon helium. (Lebih-lebih pulak budak belakang aku tu gayanya berjalan). InsyaAllah, hari sukan nanti kalau aku rasa macam nak dapat suara serak-serak basah, aku akan pergi tolong bersorak pulak. Terima kasih kawan-kawan untuk hari yang ceria harini. Sekian.

4 comments:

  1. semua belon tu beli ka? banyak betul. meh 3 4 belon..hehe

    ReplyDelete
  2. hehe... takut panash jua budak amels ni roopanya.....

    ReplyDelete