Saturday, January 5, 2013

Kalau saya jadi lelaki

Assalamualaikum.

**********

Kalau saya seorang lelaki, saya risau nak keluar jalan-jalan terutamanya pergi mall. Saya risau tertengok aurat perempuan lain. Memang la tertengok takpe tapi saya risau pulak kalau saya buat-buat tengok dua tiga kali. Betul, saya kena jaga pandangan.


Kalau saya lelaki, saya gusar dengan tanggungjawab saya terhadap ibu bapa, adik-beradik. Kalau kahwin nanti isteri dan anak-anak lagi. Kata nak masuk syurga, tanggungjawab kena jaga. Saya tak nak kena tarik masuk neraka, saya nak tarik dorang masuk syurga. Benar, saya perlu hidup dalam deen-Nya.

Kalau saya lelaki, saya risau nak fikir soal kahwin. Memang la kahwin tu bunyi macam best dan seronok je tapi saya bimbang saya tak dapat bimbing dia ke syurga. Nanti dia ke mana, saya ke mana. Mana seronok kalau kahwin macam tu. Saya kena persiapkan diri dulu.

dari blog dr.cinta

Kalau saya lelaki, saya tak mahu hidup dalam angan-angan dan mimpi. Saya perlu melunaskan tanggungjawab terhadap pelajaran. Saya patut jadi pelindung dan bukan merosakkan kaum hawa. Saya mahu Allah redha. Maka saya perlu cari jalan untuk capai redha-Nya. Bukan asyik berfesbuk tanpa sebarang tujuan, saya perlu sampaikan walau satu ayat dari Muhammad Rasulullah.

Kalau saya lelaki, saya patut tahu tugas saya terhadap ummah dan Islam lebih besar. Saya perlu satukan semula ummah. Saya perlu bangkitkan semula kegemilangan Islam, saya bercita-cita ingin jadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh. Saya nak jadi berani macam Umar Al-Khatab. Ya, saya perlu galas tugas itu, iman saya perlu teguh.



******************

Tapi saya perempuan. Saya tak perlu jadi lelaki sebab Allah dah cipta saya dengan sebaik-baik kejadian. Saya perlu jaga iman saya, batas, aurat dan maruah saya. Itu yang saya perlu jaga. 

:: Sama-sama ke arah redha Allah :)



2 comments:

  1. Jom join sini :) http://ohhmystorymorystrawberry.blogspot.com/2013/01/contest-blog-idamanku-2013.html

    ReplyDelete
  2. ingatkan mudah jadi lelaki..rupanya banyak benda jugak yang kena fikir :)

    ReplyDelete