Thursday, January 10, 2013

Demi masa

Assalamualaikum.

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh...lalalala

Dari tadi lagi dok nyanyi lagu tu.
Roomate aku diam je dengar tapi tiba-tiba dia tegur...

"Demi masa ye, tu duk buat apa tu Mel?"

Hambekkkk kau. Nyanyi kemain tapi diri sendiri sibuk hadap laptop layan FB. Teringat diri sendiri yang kadang-kadang terlupa akan datangnya 5 perkara selepas ni. 



Masa sihat tubuh badan ni, kita lupa nak bersyukur dan kumpul stok pahala banyak-banyak sebelum tibanya waktu sakit. Masa muda ni, kita lalai dengan segala nikmat dunia sampai lupa untuk berusaha cari redha Allah sebelum tiba hari tua yang masa tu nak gerak sikit pun dah mula sakit-sakit tulang dan segala bagai urat.

 Masa diri masih kaya ni, lupa pulak nak sedekah sikit ke, nak belanja duit dan harta tu ke jalan Allah sedikit sebanyak. Nak simpan untuk masa sengkek lagi la tak sebab kita jarang ingat adanya waktu miskin. Lepas tu, sikit pulak masa lapang kita yang digunakan dengan sebaik-baiknya sebelum datang masa sempit tu. Tak sah pulak rasa kalau tak bertangguh sampai last minute.

Paling kita tak ingat, lepas hidup ni, sebenarnya kita akan mati. Entah amal apa lah yang nak angkut masuk kubur sekali ni. Nak kata solat, tak kompem la pulak dah sempurna ke tak segala rukun tu. Nak kata puasa, taktau pulak kot-kot sekadar lapar dan dahaga. Nak kata zikir, lagi banyak mulut ni dok sebut nama retis. Nak kata amalan sunat, hah, memang jarang nauuu la kan. Agak-agak kita nak bawak apa masuk kubur? 


:: Gunakan kesempatan yang masih diberi, kerna ia takkan kembali :)








3 comments:

  1. kadang2 bila kita sihat enjoy sana sini..bila dah sakit demam baru la nak teringatkan tuhan..saya pun ngah demam skng ni..alhamdulillah,nikmat tuhan jugak ni :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih sbb ingakan :))

    salam kenal

    ReplyDelete