Thursday, June 6, 2013

Kasihnya ayah.

Assalamualaikum.

Sebenarnya malas nak update entry malam-malam buta nih. Otak pun dah buat Harlem Shake campur dangdut dalam kepala tapi sebab nak tunggu basuh baju, kena la tahan mata dalam 20 minit. Alang-alang tu, baik aku update je kan? Kan? Afdhal kot update blog malam Jumaat. =P

 Itteww malu nak gitau, itteww dah ada Twitter. Kuno kot baru nak buat twitter, tapi persyaitonkan sahaja pandangan orang. Alang-alang buat twitter, biar la ada manfaat ye dok? Buat mende tambah sampah dalam internet ye dok? So, meh kita ramai-ramai guna social networking untuk kebaikan. Sebarkan bahagia~ (tetibe). 

Twitter ittew ada nama Janes, semua persoal kenapa Janes. Maaf, tak ada jawapan.

Kan haritu kan aku cakap aku kerja kat department baby kan? Mung ingat ke dok? Kalu dok ingat, berat nanang, tokleh wat mende mung ni. Haaa, macam ni. Kan selalu baju-baju baby ni, Puan Emak je rajin shopping kan. Encik Ayah ni jauh sekali nak datang beli baju baby. Control macho gamaknye. Haha, racist pulak statement aku ni. 

Tapi, once yang datang tu adalah Encik Ayah, aku rasa macam...atotototo, beli baju untuk anak? Ape ke sweetnya pakcik ni. Tapi kan, yang lagi comel, Encik Ayah ni akan bagitau umur, saiz, kurus ke besauuu anak dia tu, jantina dia boboy ke gegurl lepas tu..... 

"dik, tolong cari baju yang sesuai"

Hihi, tak reti nak pilih ye? Kesiannn, tapi aku lagi la tak reti pakcik. Silap orang la pakcik suruh saya pilih baju anak pakcik sebab baju saya pun kakak dengan adik saya yang pilih. Bhaha. Tapi takpa. Demi pakcik yang sanggup ketepikan ego dan datang beli baju baby, aku tolong lambakkan baju yang ikut ciri-ciri anak pakcik tu. 

"Yang ni bekenan pakcik?"
"Yang ni pun macam sesuai"
"Yang ni ok kot pakcik"
"Haaaa, yang ni comel ni pakcik"

Aku lambak je semua depan pakcik sambil pakcik buat muka nak nangis sebab tak reti nak pilih. Last-last pakcik tu akan give up dan suruh aku pilih jugak. Dan aku pilih je la mana yang berkenan di hati. Mesti isteri pakcik cakap perghhhh, teruk gile taste promoter tu. 

Tapi pakcik dalam gambar ni hensem la pulak.

Heee, pointnya cerita aku, Encik Ayah ni nampak je macam kisah tak kisah, tapi dorang ni tetap sayang kat anak-anak tu. Cuma nya naluri dorang lebih kepada melindungi bukan lemah lembut gemalai tarian zapin macam Puan Emak. 

Mungkin orang jarang-jarang tengok pengorbanan ayah, tapi tu laaa. Manusia ni jarang nak hargai apa yang ada, dan terlupa nak bersyukur. Dah berapa ramai yang takdak ayah, nak merasa ada ayah. Yang ada ayah ni, respect pun idakkk. Seteruk mana pun ayah, dia tetap ayah. Kau doakan la dia. Tu ayah versi teruk. Kalau ayah versi baik, kau tetap jugak kena doa. Yelahhh, dengan kudrat sendiri, kebahagiaan apalah sangat kita boleh bagi melainkan dengan kudrat Allah. 

Tetibe touching pulak kan type entry ni. Happy father's day. 

Alaaaa, anggap je tiap-tiap hari ni hari bapa. ^^





2 comments: