Tuesday, May 28, 2013

Work hard, play hard!

Assalamualaikum.

Dah macam lama pulak tak ber-blog. Banyak nak bercerita tapi tak ter-cerita. Ini baru nak bukak cerita.

Lepas habis asasi, lama jugak la duduk rumah sambil menambah ukur lilit pinggang sikit-sikit. Lepas tu melabur sedikit sebanyak ke mall dan makanan. Sampailah duitnya ghaib dari pandangan. Masa tu lah baru terhegeh-hegeh nak kerja. 

Bermula dengan kerja di kiosk makanan tapi tak dapekk sebab mak ambe tak kasi, jauh sangat katanya. Ambe pun akur lah kerana takmau mengganti watak tanggang. Kerja seterusya di restoran pula, tapi tak sampai sehari pun aku dah cabut. Hiksss. Nak buat cemane kan. Maka kerja aje dulu dengan mak aku seminggu dua sekadar untuk save duit sikit-sikit je. 

Sampailah aku dapat kerja yang sekarang ni. Part-time promoter di satu pusat beli belah. Dulunya aku pernah kerja cashier so aku tak heran sangatlah kerja-kerja macam ni. Sekali kau tahu, promoter ni kerjanya macam nak bagi kaki aku lumpuh je. Sampai demam-demam aku kerja. Workaholic sangat kennnnnn. 

Work hard, play hard, pray hard. 

Tapi best jugak seposen sebab aku kerja departmen baby. Tiap-tiap hari lah jumpa baby omey-omey. Geram je aku nak culik sembunyikan dalam beg lepas tu buat koleksi dalam almari. Hmmmm, bunyi macam kejam pulak letak dalam almari macam tu. 

Ahhh, tapi tulah pointnya. Tapi sepanjang kerja jugak aku boleh tengok cara parents layan anak-anak dorang cemane. Ada yang aku respect dan ada jugak yang aku pandang serong sikit tapi sikit je la, tak boleh banyak-banyak sebab aku tak berada dalam situasi dorang kan. 

Apa pun. tak kesah lah budak tu kecik tak faham apa pun yang parents dorang cakap, but they will learn from it. Jangan kau nak salahkan media, FB, pengaruh rakan la bagai kalau anak-anak tu degil, kurang ajar dan tak respect parents. Walaupun aku tahu faktor-faktor tu turut memainkan peranan. Tapi awal didikan tetap dari parents, dan usia kanak-kanak tu datang sekali je. Manfaatkan. Anak kau jugak pun, bukannya nye kutip bawah katil hospital kan. 

Anak tu amanah Allah, bukan main keluar macam tu je.


Macam dah jauh melencong dari tajuk kerja. Tapi tu jugak point aku buat entry ni. Kalau bekerja tu, try kau perhati sekeliling. Take a lesson dari apa yang orang di sekeliling buat sebab mesti kau taknak ulang buat benda tak betul kan. Jangan reti kerja nak tunggu gaji je, lifeless hidup kau nanti sebab kerja ni penat dan duit pun tak seberapa nilainya. See you soon.

:: Tahniah Maria Elena, Namee Roslan pregnant. Tahniah SCIPP debaters. 


2 comments: