Friday, May 17, 2013

Look on the bright side.

Assalamualaikum.

Harini aku tengok ramai yang dok update status dapat sambung belajar selepas SPM. Seronok tengok semua boleh belajar tinggi-tinggi sampai cucur atap. Tak kisah la ke mana sekalipun kau dapat dalam UPU tu, ucapkan alhamdulillah dan sujud syukur. Tahniah.

Tapi.

Tak seronok jugak tengok ayat-ayat macam ni.."saya syukur dapat U, tapi....". Alahai. Apakah maksud tapi? Pada mata hati aku, itu seperti membangkang dan tak suka apa yang kita dapat. Tengok balik ayat. Syukur tapi.... Apa yang di-tapi-kan tu? 

Ada jugak yang menangis sebab tak dapat apa yang dipohon. Meraung ada? Mungkin ini kes yang menganggap, apabila apa yang di-plan dan dipilih tak dapat, maka hancur la masa depannya. Padahal aku tengok, course yang diperoleh tu, omjayyyy, semua orang lain berebut nak dapatkan tempat. Tapi kerana diri sendiri plan lain, yang dapatnya lain, maka terus cakap OMG instead of Alhamdulillah Ya Allah.

Iye, tengok ke tempat cerah. 


Macam ni.

Kadang-kadang, apa yang kita rancang tu sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita. Sekadar memandangnya indah di mata, atas dasar wang dan glamer mungkin. Dan jangan nak terlupa pulak, apa yang kita dapat tu adalah apa yang ditakdirkan oleh Allah untuk kita. Ohoiii, perancangan Allah tu sebaik-baik perancangan tahu.

Macam ni lah. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Mungkin tak terlihat hikmahnya lagi, tapi cuba berusaha untuk redha dan berdoa supaya Allah tunjukkan jalan. Lagipun, sebenarnya course yang diperoleh tu kemah keming doh, tapi sebab kita tengok on the dark side, semua pun nampak kelam dan teraba-raba.

Kau belajar la untuk menjadi orang berilmu. Kalau sekadar belajar sebab rasa benda tu hebat, di kemudian hari nanti, frust menonggeng la kau kalau fail. Tapi kalau betul-betul belajar untuk ilmu dan redha Allah, InsyaAllah, semua akan baik-baik sahaja. Dan bila kau dah lalui alam pointer, kau akan faham. Heeee ^^

Takmo mengeluh tau. Takmo ada tapi-tapi tau. Bersyukur. Kalau tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat. Itu syukur ye namanya kalau nak tahu adik-adik. Apapun, look on the bright side. Remember, when Allah bring you to it, Allah will bring you through it. All the best nokkks. 

Kena buang ke laut pun, shine bright like a diamond. 


:: Tahniah adikku jua. Keluarga aku memang muka UiTM semuanya. Alhamdulillah.




2 comments:

  1. Totally agreed! Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat/ada. Heheee :)

    ReplyDelete