Thursday, April 18, 2013

Menghapuskan lemak.

Assalamualaikum.

Mentang-mentang duduk rumah, kerja nya makan je aku ni. Sampailah waktu dan ketika ditegur. Duh. 

" Eh, awak nampak macam dah besar sikit ye"
Ya, aku tahu apa maksud 'besar' di situ. 

Paling tak boleh blah, bila aku jejak je kaki pagi-pagi buta lepas sampai je dari Selangor nun, mama aku bukannye nak tanya ok ke tak naik bas, sihat ke tak. Dia lebih senang hati dan girang dan curiga bertanya,

" Kenapa nampak macam bulat sikit ni? Makan banyak ke kat sana?"

Oh, mama...nangisssss.

Dan selepas kakak dan adik aku pun riang ria mengutuk sambil menyindir sambil bergelak ketawa, aku rasa macam hmmmmm. Macam hmmmmm. =,=" 

Lepas tu, me being a normal girl, membelek lah diri ini di hadapan cermin sambail mengagak ukur lilit pinggang dan berapa pertambahan inci lemak. Aku tak suka pun cuba compare diri sebab memang tak reti maka cara paling mudah, tengok pipi. bhahaha. Jelas di situ. Dan sekali lagi macam hmmmm. Inikah kebenarannya? 

Justeru, aku telah mengajak segala part dalam badan ini untuk gotong-royong menghapuskan lemak dengan apa cara sekalipun dan menjatuhkan hukuman mandatori perlu dilenyapkan tanpa bicara dan ikat jamin. Dan aku tak adalah sengal nak diet taknak makan, itu namanya menyeksa perasaan dan diri sendiri. Tak elok berbuat khianat kepada diri, kerana dirimu begitu berharga. ^^

Maka, aku berharap konsisten lah aku berjuang menghapuskan lemak degil ini. Hasilnya mustahil dapat dilihat dalam masa seminggu, maka menunggu 2 bulan. Macam tu boleh? Ke nak sebulan? hahaha Tak kisahlah asal adalah hasil yang dapat dituai sempena Hari Gawai kelak. Oh ya, jangan cakap aku sedang berdiet, tidak, tidak. Aku tak berdiet (sebab aku tak suka disebut tengah berdiet). hahaha Bunyi 'diet' tu macam hmmmm. Macam itulah. 

Doakan aku ya. hahaha. Jangan rebah sebelum berjuang. 



Chaiyok!  











5 comments:

  1. Cida pon tgh hapuskan lemak jugak!

    ReplyDelete
  2. sama la kita ngah memaintainkan semula badan..sama-sama la kita berusaha ye..singgah la ke blog sy www.nurham.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. nak hapuskan lemak jugak..chaiyok amel!! :)

    ReplyDelete
  4. finally ........... jumpa balik blog budak ni... huishhh

    ReplyDelete