Thursday, February 14, 2013

Seruan itu untuk kita.


Assalamualaikum.

Selalu ayat intro blank. =.=" Maka, kita teruskan sahaja dengan agenda utama entry hari ini. 


 Sisters, 
tak kira lah pangkat adinda, kakanda, bonda mahupun nenda.

Anda saudara saya, kita seIslam. Maka dengan itu, saya saja nak menyeru supaya menutup aurat. (Main seru-seru supaya sesuai mengikut peredaran filem Malaysia dan musim pemimpin seru untuk mengundi). 

Janganlah anda berkata masih belum sampai seru, kerana Allah dah seru kita untuk menutup aurat sejak 1400 tahun dahulu. Seruan itu kekal sehingga hari ini, detik ini, saat ini. Dan seruan itu takkan terpadam sehingga hari terakhir hayat dunia ini.

Nah, amik ni seruan-seruan dari Allah dalam Al-Quran. 

"Wahai anak Adam, kami sudah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat dan pakaian takwa itu adalah yang sebaik-baiknya....." (al-A'raf : 26)

" Wahai nabi, suruh isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya" ( al-A'raf : 26)



Bergaya tak salah selagi tak buat DIA marah. 

Dan ingatlah untuk melabuhkan tudung sehingga menutupi dada. Kalau semua nak ditunjuk, apelah lagi yang istimewa pada diri kan? Sedih hati ni tengok tau pakai tudung tapi tak menutup dada. Jangan risau, anda  masih mampu mengubahnya. Saya sudah mengubahnya, anda bila lagi? Yang penting, Allah redha. InsyaAllah, kalau betul-betul buat sebab Dia, akan dipermudahkan. 

Berjalanlah dengan redha Allah dalam setiap langkahmu.

Jangan lupa tutup kaki tu sekali. Pandang atas, dah sejuk hati ni. Pandang bawah, sedih hati tengok jari kaki tu menari-nari Gangnam Style. Stokin murah je pon. Kalau rase mahal pun takpe lah, belanja duit untuk dapat redha Allah, sikit pun tak rugi. Siapa setuju, sila pakai stokin kalau keluar ye. Nak-nak kalau nak main bowling, jimat tak payah beli stokin dah. HEHE. Kulit kaki pun putih bersih, tak perlu sental guna berus besi dah. 

Lagi satu, jangan pakai baju tu jarang sangat. Jangan ketat. Take care of your pride. Jadilah wanita solehah. Biar bidadari mencemburui dirimu. 

Agak-agak dah stage mana? 

Janganlah pula tunggu sampai Allah seru direct. Terkejut sampai koma pulak kang nanti. 

Semoga Allah redha. 

2 comments: