Saturday, December 15, 2012

Ingat tak dulu kena hafal sifir?

Assalamualaikum.

Ingat tak masa sekolah dulu-dulu, kita semua kena paksa hafal sifir? Kalau tak kau dikira derhaka kepada cikgu. Kan kan?

Aku salah seorang daripada pelajar tu. Tuhan je tahu betapa geramnya aku masa tu bila cikgu suruh hafal sifir. Aku selalu pikir, apesal nak hafal sifir? Kan boleh tengok je kat belakang buku tu dah ada tulis siap-siap. Kalau tak, apakah kegunaan sifir kat belakang buku tu? Hish, panas je hati aku.

Bila cikgu suruh hafal,ku dengan taat dan setainya hafal sifir tu tapi nombor adalah kelemahan aku. Berapa kali hafal pun, otak aku tetap tak boleh ingat. 

 Aku dah cuak dari pagi sebelum pegi sekolah lagi haritu. Sebab tak dapat hafal sifir tu, aku tulis la sifir tu atas meja sebab masa tu meja kayu kot-kot la boleh jeling-jeling masa kena soal tu. Semua kawan aku pun buat macam tu. Dorang rilek je boleh jawab masa tu. 

Sampai turn aku je, dia soal, 7 darab 8 berapa. Aku ingat lagi soalan tu. Apalagi, aku jeling la sifir yang aku tulis atas meja tu. Sekali dia perasan mata aku tengok ke bawah. Terus dia cubit perut aku kuat-kuat. Perghh, terasa lagi ni cubitan dia. 

Aku ingat tu je hukuman dia, so rilek rilek je la kan. Patah seribu hatiku bila dia suruh pulak aku berdiri atas kerusi. Oi oi, tercalar la imej aku sebagai pengawas dan top student. Sepanjang slot dia pulak tu aku kena berdiri. =,=" 



Cool la pulak kalau ingat balik. Terima kasih cikgu. 

3 comments:

  1. samalah kita tpi cikgu rotan dgn pembris je

    ReplyDelete
  2. amboi garang btul cikgu tu ya..hehe

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu hehe... done follow u dear - Noob

    ReplyDelete