Friday, April 12, 2013

Demam PRU dan video buli

Assalamualaikum.

Rasa macam lama pulak tak hapdet blog. hikss. Suka jalan-jalan baca blog orang je konon-konon seperti membaca bahan ilmiah. Buku berketul-ketul dibeli hasil BB1M elok je aku letak di dasar almari, sikit pun tak jeling apatah lagi nak buka untuk dibaca. Dasarrr.

Baru beberapa hari cuti tapi dah tergolek-golek bosan dah aku dok ghumah ni. hmmm

Seriously takda motif pun aku update ni. Walaupun FB, Twitter dan segala bagai media sosial yang lain sibuk sembang kencang pasal belasah ketua tingkatan , parti ini harammmm, sokong parti ini tolak Islam, dan segala bagai lagi, tapi sungguh aku tak berminat.

 Sekadar berharap pengundi-pengundi di luar sana mengundi dengan bijak dan memanfaatkan iman dan akal. Jika kalian mengundi sekadar untuk kepentingan diri, tiada maaf bagimu kerana berbuat zalim ke atas kami yang tidak boleh mengundi ini. hehehe Ini ugutan secara terbuka.

Sekadar memberi pandangan untuk video pasal ketua tingkatan pula, lain kali kalau buat jahat, jangan rakam. Itu vongok namanya. Allah dah ada rakamannya pun, cukuplah kan. Details lagi uolls. 

Yang menengoknya pula, janganlah kutuk dengan bersungguh-sungguh hati. Apalah gunanya mengutuk tindakan vongoknya itu jika kalian tiada rasa untuk mendoakanya supaya diberi hidayah dan dilembutkan hati untuk berubah ke jalan yang Allah redha. Sama sahaja vongoknya kita kalau berbuat demikian. 

Eh, tadi cakap tak berminat tapi panjang pula aku mengomen. hahaha

Seterusnya, sekadar perkongsian, tadi aku terbaca cara nak atau alternatif untuk anak-anak supaya tidak liat solat di FB. And I was like, hmmmm...interesting and easy to apply even at my age. Bukanlah aku gedik gatal mengada-ngada tak habis belajar dah pikir pasal anak, tapi tak salah lah kot untuk ambil tahu. 

Caranya mudah saja, amalkan doa ni.


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ


Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Boleh diamal bila-bila masa di mana sahaja. hahaha. Semoga mendapat anak-anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata dan hati.Amin. Oh ya, itu hanya alternatifnya. Yang mendidik tetap tergalas di bahu ibu-ibu, bapak-bapak. 

Selamat bercuti semuanya batch 1994 :) Oh ya, selamat berjuang untuk final juga. Selamat mengundi juga. *Banyak pulak pesanan terakhir.







3 comments:

  1. Kunjungan malam, dan ditertai followernya, kalau ada waktu sempatkan berkunjung ke blog saya, dan jangan lupa followbaliknya ia :D

    ReplyDelete
  2. thanks untuk perkongsian doa tu :)
    p/s :jgn lupo baco buku yg eden boli. kotuk nanti kalau berkulat. haha

    ReplyDelete
  3. kan...apa la budak2 ni...kecik2 da nak tunjuk samseng..Semoga mereka2 diberi hidayah untuk berubah...

    ReplyDelete