Tuesday, April 16, 2013

Interview MARA

Assalamualaikum.

Tulisan kali ini sekadar memberi pendapat, pandangan dan nasihat ikhlas khas untuk adik-adik saya. 

Pertamanya tahniah. Ya, tahniah buat semua yang mendapat keputusan yang kebabooom hebatnya. Alhamdulillah, itu nikmat yang sebenarnya ujian untuk kita supaya sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurnia-Nya. 

Sudah mendapat tawaran untuk interview? Mana-mana interview sahajalah untuk mendapat biasiswa tak kira MARA, JPA, Petronas, UEM, Shell dan segala bagai biasiswa lain. Alhamdulillah. Gantungkan harapan kepada Allah supaya lulus dengan jayanya dan dapatlah pursue study samada di oversea atau sekadar dalam negara. Dalam negara pun hebat tahu!

Cumanya satu yang mahu dinasihatkan.

Usahlah terlalu rajin meng-update status di Fb, Twitter atau mana-mana laman sosial tentang keberjayaan anda mendapat interview itu. Ya, tak salah untuk berkongsi berita gembira tersebut dengan teman-teman seperjuangan. Tapi berapa ramai teman seperjuangan dalam Fb itu yang senasib dengan anda? 

Rasionalnya di sini, cuba kita sejenak berada di tempat rakan-rakan yang tidak bertuah seperti anda, mendapat tawaran itu ini, apakah perasaannya melihat status-status hebat anda itu? Tidakkah terluka hatinya? Tidakkah rendah rasa dirinya? Tidakkah dia rasa betapa kejamnya dunia, betapa tidak adilnya hidup sedangkan dia juga layak mendapat apa yang anda dapat. 

Kaitannya pula, bukankah mudah untuk kita tidak membuat teman-teman kita berasa sedemikian? Janganlah terlalu rajin meng-update keberjayaan itu. Mungkin dia mengucap tahniah, semoga berjaya, tapi hatinya sayu. Mungkin juga ada yang berpenyakit hatinya lantas mendoakan kegagalan anda dalam interview tersebut. Siapa tahu? Naudzubillah. 

Justeru, kongsilah gumbiranya hati kalian itu bersama ahli keluarga dan teman senasib sahaja, tidak perlu update status itu, cukup private message, bukankah lagi private dan sweet-sweet? Atau anda memang sengaja mahu mengkhabarkan kepada satu dunia betapa berjayanya anda sehingga mungkin sahaja menimbulkan riak di hati. Astaghfirullah. 

Ingatlah, kita bukannya hidup seorang sahaja di atas bumi Allah ini. Tambah-tambah lagi Fb, itu komuniti dunia. Kalau nak kongsi jugak dengan update status anda, cukuplah sekali. Kita orang-orang yang bijak. Pilihlah yang terbaik.

 Jaga hubungan dengan manusia supaya Allah menjaga kita pula. 

Saya doakan kalian semua berjaya dan jangan lupa memberi sumbangan kepada ummah kelak.  Amin. 


1 comment:

  1. Betul2...kadang2 niat kite nak berkongsi keberjayaan kita sahaja. Tapi, ada yang sebaliknya mengganggap kita nak tunjuk hebat...
    Tunjuk hebat depan keluarga pun sudah berbaloi sebenarnya.....

    ReplyDelete