Tuesday, April 23, 2013

Dapur idaman.

Assalamualaikum.

Meh aku tanya meh. Gile tak menyempat aku nak tanya soalan kennnn. Bhahaha.

Dalam rumah kau orang nanti, part mana yang kau orang nak paling selesa, paling cantik, paling walawehhh, paling indah sejuk mata memandang dan paling suka nak duduk?

Aku yakin dan komfem ramai nak bilik dengan ruang tamu tak pun halaman rumah kan? Kan? Tapi kalau aku, aku nak dapur aku jadi port paling best sekali dalam rumah aku esok-esok. Sebab bagi aku, selaku bakal suri rumah, aku nak masak best-best la kan untuk suami aku. Oleh itu, aku perlukan dapur yang selesa dan lawa untuk dapatkan feel memasak tu. hiksss.

Aku nak dapur aku tu nanti besar sampai aku boleh buat senamrobik kat dapur tu. mihmih Takda la, supaya aku tak asyik terlanggar bucu kabinet, bucu meja bila masak tu. Aku nak dapur yang selesa dan lengkap dengan segala bagai perkakasan dapur supaya bila aku nak masak je, semua boleh dimasak dengan tenang, tekun dan tawaduk. Lepas tu, aku nak dapur yang mempunyai tingkap yang besar supaya pengudaraannya bagusss dan boleh tanam herba-herba dalam pot kecikkk tepi tingkap je macam Jamie Oliver. 

Dan sebab aku memang semulajadi tak ada benda nak buat sepanjang cuti, aku ada usha sikit-sikit design dapur yang menjadi idaman qolbu tu. Sungguh tak ada kerja kan tapi., tapi biar laaaa. =P Antara yang menarik perhatian aku.... 


 Ini luas sampai aku boleh parking kereta satu kat dapur. Tapi aku suka jugak.


Ini untuk citarasa orang kaya. Tapi aku lebih prefer lantai dia tu guna tile atau ape ntah orang panggil macam gambar bawah ni.



 Ha, lantai macam ni la. Lepas tu tingkap nak besar macam tu jugak. bhahaha 


 Yang ini macam sempit sikit untuk aku yang nak dapur luas tapi ok la jugak. Kalau dapat ni pun dah bersyukur. hahaha


 Kalau diabaikan pasu gedabak dalam gambar ni, aku ok je. hahaha Lagi satu, aku taknak kabinet visible, senang nak buat tipu muslihat kalau taknak kemas. kikiki


 Yang ni omey omey tapi taknak meja makan tu menyemak kat situ. Macam tu bolehhh?


Nak request dapur ni satu! Bakal inchik suami, bolehhh tak? Boleh tak? 


Oh ya. Itu semua dapur taste aku lah kannn. Kau orang mesti ada taste lain-lain. Nak colourful macam playground ke, nak kecik omey omey ke, semua taste masing-masing.

Sebenarnya semua gambar dapur walawehhh ni aku copy paste dari SINI. Boleh la dirujuk kottt nak ambil idea kan. Boleh ke? Ke kena mintak izin dari designer dulu? Entah, pandai-pandai la. Ok, itu sahaja untuk entry ini.

Thanks for reading :)


5 comments:

  1. saya teringin nak dapur luas macam ni boleh main masak-masak huhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. cakap ngn bakal ince hubby awak, nak dapur rumah mcm ni baru bole masuk meminang, heh :P

    ReplyDelete
  3. Saya pilih yang ke 3 tu, simple, kemas dan bersih.

    ReplyDelete
  4. kalo dapur camni, konpem lepak kat dapur..tv ngan sofa letak kat dapur sekali..huhu

    ReplyDelete