Wednesday, January 23, 2013

Dia kekasih Allah

Assalamualaikum.

Sebelum baca entry ni, meh la kita selawat barang seminit dua dulu.

Salam kelahiran Muhammad, kekasih Allah. Bertuah nye kita menjadi umat Rasulullah.

Satu-satunya insan yang mencintai kita sejak 1400 tahun dahulu. Mak ayah pun sayang kita bila kita lahir ke dunia aje kannn. Bagaimana kita boleh sayang orang lain lebih dari Muhammad Rasulullah? Satu-satunya insan yang menyebut kita walau di saat-saat terakhir nafasnya. Bagaiman kita boleh biarkan orang lain menghina Muhammad Rasulullah?

Satu-satunya insan yang tak fikir tentang diri sendiri tapi memikirkan kita semasa berada di mahkamah Allah kelak. Bagaiman kita boleh mengabaikan Muhammad Rasulullah? Dan satu-satunya insan yang boleh memberi syafaat kepada kita di hadapan Allah, Tuhan Yang Satu. Dengan semua keistimewaan buat kita sebagai umatnya, bagaimana kita boleh melupankan Muhammad Rasulullah?

Jangan sayang sahaja, turuti sunnahnya. Indah pekertinya, santun peribadinya, kental imannya, tinggi sabarnya dan teguh prinsipnya.




2 comments:

  1. salam maulidur rasul :)
    jom banyak2 berselawat ke atas rasul kita.

    ReplyDelete
  2. salam maulidur rasul. moga hidupan seharian kita dipenuhi dengan sunnah dan selawat ke atas baginda :D

    ReplyDelete