Wednesday, January 23, 2013

Aku memohon kepada-Mu Ya Allah kerana hatinya yang ku pohon

Assalamualaikum.

Kadang-kadang diri ini akan kembali juga kepada fitrah yang satu itu. Mungkin ini suratan. Atau mungkin juga kebetulan yang sempurna. 

Aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu. Aku menghormatimu kerana malu yang memagar hatimu. Aku mengasihimu atas setiap teguranmu. Aku tertarik denganmu atas kesedaran yang kau bawa kepadaku. Aku terpikat dengan santunmu. Aku lebih cintakanmu kerana kesabaranmu saat menahan marah. 

Namun aku hanya mampu memerhatikanmu dari jauh, kau pemuda yang dikagumi ramai. Ramai yang tertarik dengan peribadimu. Terkenal dengan nasihat dan pesanmu. Kau yang menjaga ikhtilat. Perasaan yang kau simpan khas untuk seorang wanita itu, sungguh aku cemburu. 


Jauh bezanya kau dan aku. Kau sedang istiqamah menjaga imanmu, sedang aku masih cuba berubah. Namun perubahanku adalah demi mencari redha Allah. Bukan kerana sesiapa. Bukan juga keranamu. Aku menyenangimu meski aku tahu mungkin aku ini bukan rusuk kirimu. Mencintaimu sahaja tidak layak apatah lagi berharap untuk memilikimu. 

Terima kasih kerana mambawa aku bersama saat kau cuba berubah dahulu. Tak berani aku nyatakan cinta kerana aku sendiri masih belum mampu mentakrif rasa itu. Semoga aku tidak menjadi fitnah buatmu. 




Janganlah harapnya cintamu kepadanya dan cintaku kepadamu melebihi cinta kita kepada Allah. Jangan juga harapnya aku mengingatimu lebih dari aku mengingati Yang Maha Esa. Pemuda soleh, dahulukan Allah kerana di situ letak redha untuk kau jejaki syurgamu. Dahulukan ibu bapamu kerana di situ letaknya telapak syurga. Ya Allah, peliharalah hati kami. Sentuhlah hatinya untukku :')


1 comment:

  1. saya dah follow kamu =)
    harap dpt follow kembali
    hve a nice day ^^ [www.paanzainudin.my]

    ReplyDelete